Iklan Palsu: Pelanggan Saman KFC RM83j


AMERIKA SYARIKAT: Seorang wanita memfailkan saman AS$20 juta (RM83 juta) terhadap Kentucky Fried Chicken (KFC) kerana pengiklanan palsu (false advertising).

Menurut laporan CBS Local, Anna Wurtzburger, 64, mendakwa KFC menipu 'pelanggan yang sedang lapar' dengan iklan 'KFC bucket' yang menunjukkan bekas dengan ayam yang melimpah keluar.

Anna mendakwa untuk dia hanya menerima separuh daripada jumlah ayam goreng yang diiklankan.

Berdasarkan iklan, iklan berkenaan hanya mengandungi lapan ketul ayam dan sama dengan kuantiti yang dipesan oleh Anna.

"Mereka menunjukkan bekas yang dilimpahi dengan ayam," kata Anna.

"Anda (saya) hanya mendapat separuh dan ia tidak seperti dalam iklan. Itu adalah iklan palsu!," kata Anna lagi.

KFC bagaimanapun berkata, dakwaan Anna sebagai 'tidak masuk akal' dan bercadang meminta mahkamah untuk mengugurkan saman tersebut. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA