Ideologi PKR Tidak Sesuai Untuk Sarawak


KUCHING: Tindakan keluar parti khasnya wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dan Sarawak membuktikan parti tersebut tidak mempunyai ideologi yang memberi faedah kepada kedua-dua negeri terbabit.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden Rakyat Bersatu Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, keadaan itu menyebabkan ada kalangan ahli dan kepimpinan tertinggi parti peringkat negeri keluar parti.

Memetik laporan Utusan Borneo, Masing menjelaskan, keluar daripada parti tersebut oleh beberapa ahli politik di Sabah menunjukkan PKR tidak mempunyai ideologi kukuh.

“Saya tidak terkejut de-ngan tindakan YB PKR (Sabah) untuk keluar parti. Apa yang mengejutkan ialah kenapa mereka mengambil masa lama untuk sedar, ideo-logi PKR sebenarnya tidak relevan kepada Sarawak dan Sabah.

“PKR ditubuhkan untuk membalas dendam terhadap Mahathir atau UMNO yang telah memecat Anwar. Mereka tidak mempunyai ideologi yang memberi faedah secara langsung kepada kedua-dua negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa pemimpin tertinggi PKR dan DAP (Parti Tindakan Demokratik) Sabah secara rasmi mengumumkan mereka keluar parti masing-masing.

Mereka termasuk Pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Pang-lima Lajim Ukim, Setiausaha Agung Datuk Maijol Mahap, Ketua Penerangan Terrence Siambun dan Ketua Pergera-kan Wanita Johair Matlani.

Manakala barisan pemimpin DAP pula ialah Timbalan Pengerusinya Joan Goh, Setiausaha Junz Wong, Bendahari David William dan Naib Pengerusi George Hiew.

Mereka mengumumkan pengunduran itu bagi membolehkan sokongan diberikan kepada parti tempatan.

Masing yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan berkata lebih cepat YB PKR di Sabah dan Sarawak keluar parti lebih bagus kerana ia akan mewujudkan satu pasukan kuat dalam menun-tut hak kedua-dua negeri itu seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Lebih cepat YB PKR di Sabah dan Sarawak keluar parti, lebih cepat kita bersama-sama menuntut hak kita seperti termaktub dalam MA63, yang lebih bermanfaat kepada kedua-dua negeri ini,” katanya.

Pada masa sama Masing berkata adalah langkah terbaik untuk ketiga-tiga YB PKR di Sarawak iaitu Baru Bian (Ba’Kelalan), See Chee How (Batu Lintang) dan Ali Biju (Krian) mengikut jejak pemimpin PKR Sabah.

Ujarnya tiada guna untuk mereka terus kekal bersama PKR memandangkan parti dari Semenanjung Malaysia itu ditubuhkan dengan agenda utamanya iaitu mahu Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA