Ibu Vegetarian, Hanya Beri Bayi Makan Kacang Dan Buah


AMERIKA SYARIKAT: Seorang ibu vegetarian didakwa kerana hanya memberi makan bayinya buah-buahan dan kacang.

Bayi berusia 11 bulan dikejarkan ke hopital dan disahkan kekurangan zat makanan.

Menurut rekod mahkamah, bekas suami Elizabeth Hawk bimbang keadaan anak mereka yang mengalami ruam teruk di kepala hingga kaki dan mengesyaki ia adalah disebabkan diet ketat yang diberikan kepada kanak-kanak itu.

Polis berkata, ibu bayi itu tidak memberi makanan yang cukup kepada bayi itu untuk proses pembesarannya.

Rekod mahkamah yang diperoleh majalah People berkata, ibu tersebut terlalu taksub dengan diet vegetarian yang diamalkannya.

Bapa bayi itu, Jerry Hawk,44 membawa kanak-kanak itu kepada organisai Perkhidmatan Kanak-kanak dan Remaja untuk memeriksa ruam yang dialami kanak-kanak itu.

Jerry memberitahu pegawai kebajikan kanak-kanak, sebelum ini dia telah memberi krim untuk merawat ruam, namun bekas isterinya yang berusia 33 tahun itu enggan menggunakannya.

Tambah Jerry, ruam bayi itu bertambah buruk kerana kanak-kanak itu menggaru kulitnya dan kekurangan zat makanan.

Sementara itu, pakar pemakanan yang memeriksa kanak-kanak itu berkata, bayi itu berisiko menghadapi kejutan septik kerana ruam menggambarkan tahap kanak-kanak itu yang tidak selesa.

Beliau berkata, keengganan ibu itu untuk merawat ruam itu sebagai "tidak berperikemanusiaan".

Mengikut rekod mahkamah, bayi berkenaan tidak boleh merangkak dan lambat berkembangan ekoran kekurangan zat makanan

Elizabeth didakwa membahayakan kebajikan kanak-kanak selepas penyiasat berkata, dia didakwa gagal memberikan anaknya yang berusia 11 bulan itu makanan yang mencukupi untuk tumbesaran.

Wanita itu juga didakwa gagal memohon rawatan kulit yang ditetapkan untuk merawat ruam Elizabeth dibebaskan dan pendengaran kes awal dijadualkan belangsung pada 14 November 2016.

Bayi lelaki itu dijaga oleh bapanya bersama dua beradik yang lain. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA