Ibu Tenat, Rakam Ucapan Hari Jadi Untuk Bayi


MENYEDARI bahawa dirinya tidak mempunyai masa yang panjang untuk hidup, seorang ibu telah merakamkan ucapan hari jadi untuk bayi perempuan yang dilahirnya, untuk tempoh selama 25 tahun.

Wanita itu, Lin, 26, yang menghidap kanser tulang, sebelum itu terpaksa memilih sama ada untuk meneruskan kandungannya atau mendapatkan rawatan untuk penyakitnya itu.

Lin bagaimanapun memilih untuk terus mengandung dan dia kemudiannya melahirkan bayi perempuan pada 1 September lalu, dua bulan lebih awal daripada waktu yang ditetapkan.

Lin yang mengetahui umurnya tidak panjang dan kini berada dalam keadaan tenat, telah memutuskan untuk merakamkan ucapan selamat hari jadi kepada anaknya itu, untuk selama 25 tahun.

“Ibu akan meninggalkan kau untuk sementara dan berada di tempat yang jauh. Jadi budak yang baik ya,’’ demikian antara ucapan hari jadi yang dirakamkan untuk anaknya itu.

Detik-detik akhir Lin itu telah menyebabkan orang ramai berasa sebak dan sedih mengenangkan anak yang bakal ditinggalkan. -MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA