Ibu Saman Empat Anak Yang Tidak Mahu Menjaganya



Beijing Seorang wanita berusia 73 tahun terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap empat anaknya yang enggan menjaganya.

Kes itu dibicarakan di tempat terbuka di sebuah ladang di Pengzhou di Scihuan, wilayah selatan China baru-baru ini, lapor akhbar People’s Daily Online.

Ketika perbicaraan, wanita berkenaan menuntut dia tinggal dengan anak sulungnya selain meminta setiap empat anaknya memberikan 100 yuan (RM62) dan 30 kilogram beras kepadanya setiap bulan.

Katanya, dia terpaksa tinggal di sebuah kuil lama sejak suaminya mati pada 2010.

Wanita itu juga meminta mahkamah mengarahkan anak sulungnya mengerjakan tanahnya.

Bagaimanapun, dalam perbicaraan yang berlangsung dengan hangat itu, keempat-empat anak gagal mencapai kata sepakat. Mereka bersetuju untuk memberikan wang kepada wanita itu setiap bulan, tetapi tidak mahu dia tinggal bersama mereka. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA