Ibu Putus Kaki Depan Sekolah Ketika Tunggu Anak


SEORANG ibu yang sedang menunggu anaknya pulang, dirempuh dan digilis hingga putus kaki kanan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Menanti, Muar, Johor semalam.

Dalam kejadian 4 petang itu, mangsa, Ida Suryanti Yunus, 46, dikatakan dilanggar kereta dari arah bertentangan.

Menurut seorang saudara mangsa yang enggan dikenali, mangsa pergi mengambil anaknya bersendirian dengan menunggang motosikal.

“Difahamkan, ketika tiba di sekolah terbabit, sebuah kereta dari arah bertentangan merempuh mangsa. Perlanggaran itu menyebabkan kaki mangsa putus hingga ke pergelangan kaki kanannya.


“Mangsa yang masih dalam keadaan sedar selepas kejadian kemudiannya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya, mangsa dilaporkan stabil dan dijangka menjalani proses pembedahan dalam tempoh terdekat.

Gambar insiden ngeri yang menimpa Ida turut tersebar menjadi viral di media sosial.

Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati atas tragedi yang berlaku itu. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA