Hospital terbakar, 19 maut, 106 cedera


NEW DELHI - INDIA. Seramai 19 mangsa dilaporkan maut manakala 106 yang lain cedera dalam kebakaran sebuah hospital, semalam.

Menurut laporan CNN, kebakaran bermula kira-kira jam 7 malam waktu tempatan di hospital swasta berkenaan, Sum Hospital.

Pasukan bomba mengambil masa dua jam untuk mengawal kebakaran di tingkat pertama unit dialisis yang kemudian merebak ke wad kecemasan (ICU).

Siasatan awal mendapati kebanyakan mangsa yang maut akibat terhidu asap.

Punca kebakaran masih disiasat.-SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA