Heroin RM40,658 Dirampas


IPOH: Polis rampas 2.7 kilogram heroin bernilai RM40,658 dan tahan tiga lelaki termasuk seorang pemilik teksi dalam serbuan di tiga lokasi sekitar Kampar, dekat sini Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak Asisten Komisioner V R Ravi Chandran berkata, tangkapan pertama dibuat jam 9.07 pagi di susur keluar Plaza Tol Gopeng, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) membabitkan seorang pemilik teksi berusia 65 tahun.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari JSJN Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar membuat serbuan berkenaan hasil maklumat awam mengenai kegiatan sindiket pengedaran dadah.


"Pasukan polis bertindak menahan sebuah teksi di plaza tol terbabit yang dipandu seirang lekaki berusia 65 tahun.

"Pemeriksaan lanjut yang dilakukan berjaya menemui dadah dipercayai heroin dibawah alas kaki bahagian tempat duduk penumpang hadapan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini.

Menurutnya, susulan tangkapan dan rampasan dadah berkenaan kira-kira dua jam kemudian dua lagi lelaki berusia 43 dan 44 tahun berjaya diberkas di sebuah rumah serta tepi jalan di di kawasan Malim Nawar, Kampar.

"Ketiga-tiga suspek kini direman selama tujuh hari hingga 28 Oktober ini bagi menbantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan hukuman mati mandatori.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti saki baki ahli sindiket pengedaran dadah yang berkemungkinan menggunakan perkhidmatan teksi untuk mengaburi polis," katanya.--METRO

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA