Helikopter Terhempas, 9 Terbunuh


BISHKEK (Kyrgyzstan): Sembilan termasuk enam anggota tentera terbunuh apabila sebuah helikopter tentera terhempas di timur Uzbekistan, lapor media tempatan hari ini.

Nahas itu membabitkan helikopter Mi-171 milik Kementerian Pertahanan di Wilayah Fergana, di negara bekas Soviet, lapor laman web Uzreport.

"Dalam nahas itu, tiga kru dan enam anggota tentera Republik Uzbekistan terbunuh," kata laman terbabit.

Laporan itu menyebut, satu suruhanjaya khas ditubuhkan oleh Kementerian Pertahanan untuk menyiasat nahas berkenaan. - AFP


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA