Helikopter Nuri Mendarat Cemas Dikeluarkan Dari Lokasi Insiden


TAWAU: Helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mendarat cemas di atas bumbung sebuah bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung pada 4 Okt lalu sudah dikeluarkan dari kawasan insiden.

Tinjauan Bernama di sini hari ini mendapati kerja-kerja mengangkat helikopter berkenaan bermula kira-kira jam 8 pagi dan selesai pada jam 12.45 tengah hari.

Helikopter berkenaan dinaikkan ke sebuah treler sebelum dibawa ke destinasi yang tidak diketahui.

Kerja-kerja mengeluarkan helikopter berkenaan dipantau oleh pegawai TUDM.

Dalam kejadian itu, helikopter Nuri TUDM itu mendarat cemas di bumbung dewan terbuka SMK Balung menyebabkan 22 orang cedera iaitu 13 anggota TUDM, lapan pelajar dan pekerja pembersihan SMK Balung. -Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA