Hari Sukan Negara 2016 Meriah Di Sarawak

Foto KMS


KUCHING: Lebih 600,000 warga Sarawak turut serta memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara 2016, hari ini.

Jumlah itu mengambil kira penganjuran sambutan peringkat negeri yang diadakan di semua 12 bahagian dan 28 daerah.

Di Kuching, sambutan itu diadakan di Padang Merdeka yang terletak di pusat bandar raya. Pelbagai acara menarik diadakan bagi memeriahkan sambutan, antaranya larian 5 Kilometer serta kayuhan basikal fun ride 10 dan 30 kilometer.

Selain itu, turut diadakan senaman zumba, senaman pasukan tentera serta mempertahankan diri. Acara dirasmikan oleh Menteri Muda Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah. - BH


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA