Harga Minyak Jatuh Hari Ini


SINGAPURA : Harga minyak mentah jatuh hari ini, terjejas dengan laporan peningkatan inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS).

Peningkatan output di Nigeria dan perbalahan di kalangan pengeluar mengenai potongan output yang dirancang juga mendorong kepada kebimbangan terhadap lebihan bekalan global.

Kontrak hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate didagangkan pada paras AS$49.34 setong pada 0012 GMT, jatuh 62 cents atau 1.24 peratus daripada paras terakhir ia didagangkan.

Kontrak minyak mentah antarabangsa, Brent jatuh 53 cents atau 1.04 peratus kepada AS$50.26 setong.

"Minyak mentah berada pada kedudukan bertahan pagi ini berikutan angka inventori yang dikeluarkan Institut Petroleum Amerika menunjukkan peningkatan 4.8 juta tong berbanding jangkaan peningkatan 1.7 juta," kata Penganalisis Pasaran Kanan OANDA yang berpangkalan di Singapura, Jeffrey Halley. 

Perangkaan penyimpanan bahan api rasmi oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) dijangka dikeluarkan hari ini.

"Angka inventori minyak mentah EIA akan dipantau malam ini.

Peningkatan besar dalam inventori akan memberi tekanan untuk harga terus jatuh semula," kata Halley. - Reuter

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA