#Bajet2017 : Harapan Penduduk Sarawak Esok Bersama Barisan Nasional



Pembentangan Bajet 2017 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok sememangnya dinanti-nantikan setiap lapisan masyarakat di Sarawak bagi melihat sejauh mana komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraaan rakyat meneruskan kehidupan seharian.

Umum mengetahui kerajaan ketika ini berdepan dengan isu yang mencabar dimana peningkatan kos sara hidup, justeru membuatkan kerajaan perlu berfikir di luar kotak untuk menarik sokongan dan keyakinan rakyat.

Berbeza dengan Bajet 2016 lepas dimana ia lebih berorientasikan pembangunan, rakyat Sarawak sudah pastinya mengharapkan bajet pada tahun ini akan merangkumi pelbagai aspek terutama dari segi prasarana ekonomi dan peningkatan taraf hidup penduduk luar bandar supaya Sarawak tidak ketinggalan terlalu jauh berbanding Semenanjung Malaysia.

Malah, sudah tentu untuk bajet tahun ini, rakyat Sarawak mengharapkan peruntukan yang lebih besar berbanding tahun lepas bagi merealisasikan kehendak dan keperluan rakyat memandangkan keluasan kawasan negeri ini serta taburan penduduk yang berselerak.

Namun jelas bajet  untuk Sarawak pada tahun lepas sudah cukup menggembirakan dimana kerajaan prihatin menyediakan lebih banyak jalan raya terutamanya Lebuh Raya Pan Borneo, lapangan terbang, pelabuhan dan kemudahan awam termasuk bekalan air, tenaga, telekomunikasi dan infrastruktur.

Maka untuk Bajet 2017 tahun ini, diharapkan kerajaan tampil dengan perancangan yang lebih realistik terutama bagi penduduk luar bandar yang sememangnya mengharapkan kerajaan mengatasi keperluan mereka yang masih belum cukup dan perlu ditambah.

Justeru, peruntukan yang bakal diumumkan esok diharap akan dapat meneruskan pelbagai prasarana yang masih belum dinikmati oleh semua penduduk terutama di kawasan pendalaman baik dari segi projek pembangunan atau kemudahan asas. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA