Hanya Pengerusi BN Pusat Muktamad Calon PRU14


KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian berpendapat semua orang boleh mengumumkan nama calon bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Bagaimanapun menurutnya, keputusan muktamad hanya diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

"Semua orang boleh mencadangkan nama calon bertanding PRU14.

"Saya juga boleh cadangkan anda (media) untuk bertanding, namun keputusan muktamad hanya diputuskan Pengerusi BN apabila tiba masanya nanti," katanya kepada pemberita selepas penyerahan bantuan wang ihsan di sini, semalam.

Menurut Dr Sim lagi, SUPP tetap dengan pendirian untuk terus mahu kerusi Parlimen Sibu dan Lanang diberikan kepada parti tersebut pada PRU14 nanti.

"Bagi SUPP, kami tetap dengan pendirian sama, sepertimana dinyata penyelaras kami di Lanang dan Sibu dan rasanya ia sudah jelas sekali," ujarnya.-Sarawakiana








No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA