Hanya Kerana RM10 ?



KUCHING : Eyqa Saifeeqa artis remaja yang popular dengan lagu 'Padamka Nama Aku' mempunyai pengalaman tersendiri sebelum menjadi artis.

Menurut Eyqa, pada mulanya beliau mempunyai masalah untuk berhadapan dengan orang ramai bila menyanyi.

"Ketika itu saya hanya minat menyanyi di rumah sahaja.

"Saya mempunyai darah gemuruh bila hendak menyanyi dihadapan khalayak ramai," katanya kepada Sarawakiana.


Eyqa berkata, kisahnya bermula menyanyi di khalayak ramai ialah ketika beliau dan keluarga berjalan-jalan di tebingan Kuching dan melihat kumpulan busker sedang membuat persembahan.

"Ketika itu kumpulan buskers terkenal Ikon Buskers sedang membuat persembahan.

"Saya telah dipaksa untuk menyanyi tetapi saya berkeras untuk menolak dan akhirnya saya bersetuju menyanyi sebuah lagu apabila dijanjikan upah sebanyak RM10 oleh ayah saya," ujarnya.

Menurut Eyqa, selesai sahaja menyanyi, beliau terus meminta wang RM10 tersebut dan terus meninggalkan tempat tersebut.

"Hanya kerana RM10 saya mempersembahkan sebuah lagu.

"Sejak itu saya terus berani menyanyi dikhalayak ramai sehingga ke hari ini," tambahnya mengakhiri perbualan.-Sarawakiana

1 comment:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA