Hanifah Dilantik Penasihat FAS


KUCHING: Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) melantik Datuk Hanifah Hajar Taib-Alsree sebagai penasihat.

Perlantikan itu diumumkan Pemangku Presiden Abdul Wahab Rahim selepas mesyuarat exco petang tadi.

Hanifah berkata, persetujuan menjadi penasihat FAS didorong rasa 'sayangkan Sarawak' selain amat meminati bola sepak.

"Saya mahu bersama-sama FAS untuk terus membangunkan bola sepak Sarawak.

"Pembangunan bola sepak bukan sahaja melibatkan pasukan senior tetapi turut melibatkan skuad belia dan wanita," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau akan berusaha sedaya upaya untuk memberi pandangan termasuk meningkatkan semangat pemain.

Sementara itu, Wahab berkata, persetujuan Hanifah sebagai penasihat meningkatkan exco FAS untuk bekerja lebih keras.

"Ini ada sesuatu yang menggembirakan bagi kita dalam FAS," ujarnya.

Bagaimanapun jawatan presiden FAS terus menjadi tanda tanya apabila tiada sebarang pengumuman dibuat.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA