'Geng Lat' kantoi curi motosikal


Bukit Mertajam: Tiga lelaki ahli 'Geng Lat' diberkas polis kerana mencuri motosikal di Machang Bubok, Isnin lalu.

Dalam serbuan 4 petang itu, polis menahan dua daripada suspek di motel di Jalan Rozhan sebelum menemui peralatan mencuri motosikal di dalam kereta dinaiki mereka.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, susulan penahanan itu, pihaknya memberkas seorang lagi rakan mereka di Kupang, Kedah.

Beliau berkata, hasil soal siasat polis berjaya menemui tiga motosikal curi yang dilarikan di sekitar Permatang Pauh sejak awal tahun ini.

Katanya, kesemua mereka berusia 21 hingga 27 tahun direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.-hm

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA