Gempa bumi 5.8 magnitud di Papua New Guinea


SYDNEY: Gempa bumi 5.8 magnitud melanda kawasan terletak 182 kilometer ke tenggara Rabul di Papua New Guinea, pada Rabu, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Ia pada awalnya dilaporkan berukuran 5.9 magnitud.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan, atau laporan kerosakan atau kematian akibat gegaran itu, yang berlaku pada kedalaman 57 kilometer. - Reuters

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA