Gelas Bersisa Susu Diminum Justin Bieber Cecah RM2,318


Gelas minuman penyanyi terkenal Justin Bieber dijual di laman jual beli dalam talian iaitu eBay selepas penyanyi itu singgah di sebuah pub hotel berkenaan untuk minum segelas susu.

Seperti dipetik The Lad, Bieber ketika itu berada di Hotel Kings Oak dan memesan segelas susu sebelum memulakan perjalanannya.

Kakitangan hotel berkenaan tidak membasuh gelas yang digunakan Bieber lalu menjualnya di eBay bermula dengan tawaran minimum sebanyak £10 (kira-kira RM46) sehingga sekarang harga terkininya telah mencecah £500 (kira-kira RM2,318).


Penolong pengurus hotel, Amy Potter turut terkejut apabila selebriti tersebut tiba-tiba berehat di pub tersebut selama hampir sejam.

"Saya terkejut apabila melihat Justin masuk dan memesan segelas susu. Saya menghampirinya dan kami berbual panjang tentang hoki dan cerita seram di pub ini," ujarnya.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA