“Gegar Vaganza Tak Kenakan Saya, Jangan Sensitif Sangat”


TIDAK habis dengan kontroversi rumah tangga, kehadiran Elly Mazlein didalam Gegar Vaganza turut menjadi perhatian orang ramai. Malah tugasan lagu yang diberikan setiap minggu pula membuatkan ramai yang menganggap program itu seolah mengenakan penyanyi itu yang baru sahaja melalui proses penceraian dengan menyanyikan lagu mengisahkan suka duka hidupnya.

“Tidak. Saya tidak anggap begitu (mengenakan saya). Saya anggap apa yang diberikan kepada saya itu sebagai satu cabaran. Jadi, dalam hidup ini janganlah sensitif sangat. Memang kalau diperhatikan, lagu pertama memang lagu mengisahkan diri saya, lagu kedua pun macam kisah saya, selepas itu lagu minggu ketiga dapat pula Perawan Atau Janda.”

“Setiap minggu lagu macam kisah diri saya. Sebelum menyanyi itu memang saya takut tidak boleh tahan emosi. Macam menyanyi depan cermin, ibarat kena ‘bom’ depan muka sendiri. Walaupun cerita dalam lagu itu sangat kisah saya, tapi sokongan peminat membuatkan saya terus kuat sebenarnya. Saya cakap kepada diri jangan menangis,” katanya kepada Kosmo Online.

Pada minggu pertama program tersebut, Elly diminta menyanyikan lagu Berpisah Jua yang turut memberikan kesan kepadanya. Manakala pada minggu kedua pula, Elly diberikan pula lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan. Sekali lagi kontroversi tercetus apabila Nabil Ahmad sebagai pengacara seolah memberi sindiran kepada penyanyi itu yang baru sahaja bercerai.

Bagaimanapun, Nabil yang menyedari tindakannya mengundang kemarahan peminat Elly akan memohon maaf secara terbuka pada konsert minggu ketiga program itu. Dalam pada itu, Elly juga menyatakan beliau tidak kisah dirinya dijadikan bahan gurauan. Untuk pengetahuan, pada minggu ketiga ini Elly telah diberikan lagu dendangan Cita Citata, Perawan Atau Janda. – Rotikaya.com

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA