Gaya KJ Bawa Atlet Olimpik, Paralimpik Ke Parlimen Curi Perhatian


KEHADIRAN Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) bersama atlet Olimpik dan Paralimpik negara yang meraih pingat di Temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Rio 2016 ke Parlimen telah mencuri perhatian netizen.

Antara komen yang ditinggalkan netizen di laman Twitter KJ selepas dia memuatnaik foto tersebut ialah ‘Wow hensem nya ada style’, ‘Enchem nye...adoi....jap tunduk jap nk kutip hati bertaburan....hahahha cia cia’ dan ‘Style khairy’.

Foto yang dimuat naik KJ di laman Twitternya itu memaparkan kesemua wira negara bergaya dengan sut biru dan melangkah megah masuk ke bangunan Parlimen.

Kehadiran KJ bersama 'rombongannya' itu turut menjadi perhatian media dan jurugambar yang berada di lobi parlimen.

Astro Gempak difahamkan kehadiran KJ bersama atlit negara ke parlimen adalah untuk meminta sokongan terhadap usulnya yang dikemukakan di Dewan Rakyat yang mahu usaha atlet negara dihargai kerana telah mencapai kejayaan terbesar di Temasya Olimpik dan Paralimpik Rio, baru-baru ini.

Antara atlet yang hadir Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly, Muhamad Rizuan Muhamad Puzi, Azizul Hasni Awang dan Siti Nor Radiah Ismail.

Apa-apa pun diharapkan usul yang dibentangkan oleh Khairy mendapat sokongan ahli Dewan Rakyat agar kebajikan atlet negara kita terbela.-astroawani

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA