Gara-Gara 'Berumah Ba Ati Urang' Leez Zwita Di Tuduh Perampas



KUCHING : Artis yang sedang mencipta nama dalam industri hiburan sudah pasti tidak akan terlepas daripada bahan gosip dan tuduhan liar.

Tidak terlepas dalam isu tersebut ialah Leez Zwita yang popular dengan lagu 'Ukai Antah Di Pilih Nuan' juga menghadapi tuduhan liar dan bahan gosip.

"Gara-gara lagu Berumah Ba Ati Urang menyebabkan saya dituduh sebagai perampas suami orang.

"Ada yang tidak mahu mendekati saya dan menuduh saya janda dan perosak rumahtangga ketika selesai membuat persembahan di sesuatu tempat," jelasnya ketika ditemubual Sarawakiana.

Leez menjelaskan bahawa beliau menerima tuduhan tersebut dengan hati yang terbuka walaupun ia adalah tuduhan liar semata-mata.

"Memang sudah lumrah kehidupan manusia apabila kita sedikit berjaya, maka ada yang mula irihati dan ingin menjatuhkan kita.

"Bagi saya, ia adalah lumrah kehidupan sebagai seorang penyanyi dan penghibur yang harus ditempuhi," katanya lagi.


Leez menambah, usaha beliau selama ini adalah sebuah perjuangan demi memartabatkan muzik Dayak dan beliau tetap menghargai peminat yang mengkritik beliau secara membina serta terus menyokong beliau.

"Saya tetap menerima kritikan yang membina untuk meningkatkan lagi mutu nyanyian dan persembahan demi kepuasan pendengar dan peminat yang setia.

"Walaupun ada pihak yang mengecam saya dengan pelbagai tuduhan liar, ia tidak akan melunturkan semangat untuk terus untuk lebih berjaya dalam bidang yang diceburi," ujarnya lagi.

Sambil ketawa Leez mengakhiri perbualan dengan berpesan kepada peminat bahawa beliau masih belum berumah tangga dan tidak akan merampas atau merosak rumahtangga orang kerana tajuk lagu 'Berumah Ba Ati Urang' hanya sebuah lagu semata-mata dan satu perkara lagi beliau menjelaskan bahawa beliau juga bukan perempuan simpanan seseorang.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA