Gantung Sekolah Setahun Untuk Pembuli: Wajar Atau Tidak Wajar?


KUCHING: Gantung sekolah setahun kepada pembuli di sekolah seperti dicadangkan Kementerian Pendidikan mendapat pelbagai reaksi daripada ibu bapa.

Biarpun masih diperingkat cadangan, ibu bapa yang ditemui berpendapat digantung setahun untuk menghadiri sesi persekolahan adalah tidak wajar.

Seorang pesara berusia 50 tahun, Rahmat Makrof yang anaknya masih bersekolah berpendapat pelajar yang terlibat perlu diberi peluang dengan cara memberi khidmat kaunseling terlebih dahulu.

“Apa yang penting, ibu bapa dan guru mesti terlibat sama untuk membantu mereka," katanya,

Beliau mencadangkan supaya ada satu akta khas di wujudkan oleh kementerian supaya dapat mengawal gejala buli yang cukup serius sekarang ini.

“Berkemungkinan jika ada akta sebegini, ibu bapa lebih rasa takut dan boleh mengawal anak-anak ini," ujarnya.


Hamiza Morshidi, 41, yang merupakan penjawat awam juga sependapat dengan Rahmat.

“Mungkin ada cara lain untuk kita membimbing dan mengajar mereka menjadi pelajar yang lebih baik, bukan dengan cara menggantung pelajar tanpa pendidikan.

“Jika digantung untuk masa sebulan memang wajar, namun tidak dalam masa setahun,” luahnya.

Hamiza berpendapat langkah lain untuk mengatasi masalah tersebut adalah hantar mereka ke sekolah pemulihan akhlak dan berikan didikan agama yang lebih untuk mereka.

“Saya berharap agar kementeriaan memepertimbangkan agar mereka tidak digantung kerana mereka lebih memerlukan pendidikan bukan hukuman,” tegasnya.



Namun begitu, berbeza dengan pendapat Kasan Labok, 51, yang juga merupakan seorang penjawat awam yang berpendapat cadangan tersebut sangat wajar.

“Saya amat menyokong cadangan Kementeri Pendidikan seratus peratus agar pelajar yang membuli digantung sekolah selama setahun atau di tukarkan ke sekolah lain.

“Kalau boleh, ibu bapa atau penjaga serta guru perlu di ambil tindakan supaya mereka sentiasa memantau pelajar ini agar isu buli dapat dibendung," katanya. – Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA