Gangguan Lucah, Karen Buat Laporan Polis



KUCHING : Sebagai penggiat seni muzik tempatan yang sedang mengukir nama, pelbagai gangguan berlaku menerusi alam maya termasuk messenger.

Tidak dapat dielakkan perkara tersebut akan berlaku sepertimana apa yang dialami Karen Libau yang terkenal dengan lagu Karam Ba Ati.

Penyanyi Iban Karen Libau menyatakan gangguan sebegini memang lumrah di alam maya namun kesannya terhadap emosi menjadi masalah dan berlaku berpanjangan.

"Artis bukanlah penjual badan seperti yang disangka tetapi artis adalah penghasil karya yang kreatif untuk menghibur para peminat.

"Para peminat yang menggemari Karen, jangan menyalah guna media sosial dengan perkara yang berunsur lucah kerana hal tersebut akan menjejaskan emosi seseorang dan Karen telah membuat laporan polis dan melaporkan perkara tersebut kepada SKMM," katanya kepada Sarawakiana.

Menurut Karen lagi, peminat beliau perlu menghormati dan menghargainya dengan tidak melakukan serta menghantar mesej-mesej yang berunsur lucah kerana Karen tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang bagi mencegah perkara tersebut berulang kembali.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA