Ganggu Beruang Mengawan, Lelaki Cedera Diserang


CALIFORNIA: Gara-gara mengganggu musim mengawan, seorang lelaki cedera diserang beruang hitam di kaki bukit berhampiran Los Angeles.

Dan Richman memberitahu saluran KCAL-TV beliau berada di laluan di kaki bukit Sierra Madre pada Isnin apabila ternampak beruang di depan, yang berdiri dengan kaki belakangnya.

Beliau berundur tetapi mendapati seekor lagi berada di belakangnya.

Sebelum sempat melarikan diri, beruang berkenaan menyerangnya. Beliau membengkokkan tangan dan lutut lutut dengan rahang mamalia itu berada di belakang lehernya.

Richman langsung tidak bergerak dan beruang berkenaan akhirnya meninggalkan beliau.

Lelaki berusia 53 tahun itu dimasukkan ke hospital dengan luka tusukan tetapi dijangka pulih.

Pihak berkuasa berkata, mereka akan membunuh beruang berkenaan jika ditemui.-AP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA