Gambar Budak Bertunang Cetus Kemarahan Netizen


Kaherah: Gambar sepasang kanak-kanak berpakaian pengantin yang tersebar di media sosial di Mesir mencetuskan kecaman sebahagian rakyat negara itu.

Ketua Pusat Wanita untuk Bantuan Guaman dan Kaunseling, Reda Eldanbouki menggesa pihak berkuasa mengheret ibu bapa kanak-kanak berkenaan ke mahkamah dan mendakwa mereka atas tuduhan jenayah terhadap kanak-kanak.

Bagaimanapun, bapa kanak-kanak lelaki itu, Nasser Hassan menafikan melangsungkan perkahwinan anaknya, Omar, 12, dengan sepupunya, Gharam, 11.

Menurut Nasser, ia hanya masjlis pertunangan.

“Keluarga saya tidak melakukan kesalahan. Ia majlis pertunangan, bukan perkahwinan,” kata Nasser.

Katanya, Omar memang sukakan Gharam dan selalu berkata, dia akan berkahwin dengannya apabila besar, sebelum orang lain meminang kanak-kanak perempuan itu.

“Mereka yang memilih untuk bertunang. Dan mereka akan berkahwin apabila masing-masing mencecah usia 18 tahun,” kata Nasser. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA