Gadis Selamat Jatuh Dari Tingkat 17


BERPANTANG ajal sebelum maut. Seorang gadis cantik terselamat meskipun terjatuh dari tingkat 17 sebuah apartmen di Moscow, Rusia, selepas terjatuh di atas bumbung kereta VW Golf.

Marina Lebedeva, 19, mengalami patah beberapa tulang dan kecederaan kepala susulan kejadian yang berlaku pada pukul 6.30 pagi itu.

Sebelum kejadian, Marina dikatakan telah bertengkar dengan teman lelakinya.

Menurut saksi, dia mendengar menjerit kuat sebelum melihat Marina terjatuh dari ketinggian 180 kaki. Jelasnya, Marina terjatuh di atas bumbung kereta terlebih dahulu sebelum tergolek di atas tanah.

Gadis itu tidak meninggalkan sebarang nota bunuh diri namun siasatan yang dijalankan oleh polis mendapati Marina menghadapi masalah peribadi.

Dia merupakan penuntut di Institut Penyiaran di Moscow dan akaun media sosialnya menunjukkan dia masih aktif dalam talian 15 minit sebelum jatuh.

Dalam pada itu, pemilik kereta tersebut, Ivan Kulakov, berkata, apa yang penting gadis itu selamat.

“Menurut jiran-jiran, gadis itu telah bertengkar dengan kekasihnya sejak seminggu lalu,’’ kata Ivan yang turut memaklumkan kenderaan itu akan dilupuskan. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA