Gadis Kaya Yang Suka Cetus Masalah


Tidak pernah serik. Disebabkan dia anak orang kaya, Mara Bagdasaryan, 23, sentiasa terlepas daripada hukuman meskipun dia dikenali di seluruh Rusia sebagai gadis yang suka memandu laju dan cuai.

Disebabkan kegilaannya memandu laju, Mara yang juga anak kepada taikun Rusia, Elmar Bagdasaryan, berjaya mengelak daripada hukuman berat meskipun setahun lalu dia terlibat dalam kemalangan jalan raya hingga mengorbankan seorang rakannya, Marik Galperin dan seorang lagi pengguna jalan raya yang lain.

Dia juga dibayangi dengan 342 saman kerana memandu laju dengan jumlah denda melebihi RM50,000 namun bapanya sentiasa membayarkan.

Mara pernah ditangkap kerana berlumba kereta dengan anak salah seorang pegawai tinggi Rusia serta beberapa anak-anak orang kaya lain. Namun dia dibebaskan dengan ikat jamin.

Terbaru, selepas setahun insiden kemalangan melibatkan kematian rakannya, Mara sekali lagi `mencipta’ nama dengan merakamkan video dia memandu kereta mewah, Mercedes-Benz dalam keadaan laju di Moscow.

Video itu dimuatnaik dalam instagramnya untuk tontonan beribu-ribu peminatnya dengan tajuk `’Apabila anda mahu cepat’.

Klip video itu juga memaparkan bagaimana polis mengejar mereka. Mara dilaporkan akan mewarisi harta kekayaan bapanya yang terlampau banyak itu apabila lelaki itu meninggal dunia kelak. – mynewshub.cc

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA