FB, Twitter Dan IG Gantung Kerjasama Dengan Geofeedia


AMERIKA SYARIKAT: Laman Facebook, Twitter dan Instagram menggantung hubungan kerjasama dengan sebuah syarikat pemantauan media sosial, Geofeedia selepas dituduh memberi akses maklumat penggunanya kepada pihak berkuasa.

Perkara itu diputuskan selepas NGO, Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) mendakwa syarikat alat pemetaan media sosial yang menganalisis mesej, Geofeedia telah memberikan akses khas kepada pihak berkuasa untuk mengenal pasti dan mensasarkan penunjuk perasaan.

Pada April lalu, Digital Trend mendakwa Geofeedia telah menerima dana melalui firma badan siasatan Agensi Penyiasatan Pusat (CIA).

Dakwa pihak ACLU lagi, dengan maklumat yang diperoleh daripada Geofeedia, pihak berkuasa dengan mudah dapat mensasarkan sesiapa sahaja yang mempunyai kecenderungan untuk menahan mana-mana individu yang merancang untuk turun ke jalanan bagi menyertai protes bantahan.

ACLU mendakwa Geofeedia telah memberi akses khas kepada pihak berkuasa untuk menceroboh masuk dan mengakses data maklumat pengguna media sosial, sekali gus melanggar polisi ketat Facebook, Twitter dan Instagram yang melarang keras pemajunya untuk berkongsi data dengan pihak ketiga.

Pihak Twitter menerusi Tweet Handle @Policy memberi kenyataan ringkat mengatakan pihaknya kini menggantung kerjasama dengan Geofeedia berikutan dakwaan tersebut.

“Berdasarkan maklumat yang diterima menerusi laporan @ACLU, kami serta-merta menggantung akses @Geofeedia daripada terus mengakses data maklumat daripada Twitter,” kata pihak Twitter dalam kenyatan ringkas, hari ini. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA