FAS Mungkin Sokong TMJ Jadi Presiden FAM



KUCHING: Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) tidak menolak kemungkinan memilih Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengisi kerusi presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Penasihat FAS, Datuk Hanifah Hajar Taib-Alsree berkata, Tengku Mahkota Johor (TMJ) berjiwa besar dalam bola sepak dan berdedikasi.

"Kita mendoakan yang terbaik untuk bakal presiden (FAM) nanti. Sesiapa sahaja yang dipilih kita akan sokong," katanya.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Selangor (FAM) memilih Tunku Ismail untuk mengisi kerusi presiden FAM.

FAS dalam kenyataan sebelum ini berpendapat, Tunku Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) adalah calon terbaik bagi mengisi jawatan Presiden FAM selepas mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif semalam yang dipengerusikan oleh Naib Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal.

Tambahnya, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) merupakan calon sesuai berikutan penglibatannya secara langsung dalam bola sepak di samping minat dan komitmen mendalam yang membolehkan beliau membangunkan JDT dalam tempoh singkat.

"FAS percaya Tunku Ismail ikhlas dalam sumbangan kepada bola sepak dan berharap visi, misi dan usaha beliau di peringkat negeri dapat diterjemahkan ke peringkat kebangsaan sekaligus menaikkan kembali bola sepak negara keseluruhannya.

"Sehubungan itu, FAS akan memberikan sokongan sepenuhnya sekiranya beliau bersetuju untuk dicalonkan bagi jawatan tersebut," maklum FAS.-Sarawakiana



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA