Facebook Bakal Bina Data Pusat Ketiga Di Denmark


FACEBOOK bakal bina pusat data ketiganya luar dari Amerika Syarikat iaitu di Denmark lapor laman web berita Denmark.

Pusat data ini adalah untuk menyimpan dan menguruskan data yang semakin meningkat seperti gambar dan video di media sosial.

Dengan keluasan 184,000 meter persegi, pusat data itu akan dibina di Odense, bandar ketiga terbesar di Denmark serta tempat kelahiran penulis Hans Christian Andersen.

Dianggarkan kemudahan ini akan menjana sebanyak 1,200 peluang pekerjaan kepada mereka yang terlibat untuk membinanya.

Syarikat yang berpangkalan di California sebelum ini membuka pusat data yang sama di Sweden pada tahun 2013 dan kini sedang membina pusat yang sama di Ireland. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA