Eyqa Berbakat Sejak Dari Kecil - Bapa

KUCHING : Artis muda Eyqa Saifeeqa yang popular dengan lagu 'Padamka Nama Aku' mempunyai bakat nyanyian sejak kecil lagi.

Saiful, bapa merangkap pengurus Eyqa memang berminat menyanyi sejak umur tiga tahun dan mampu membawa sesebuah lagu dengan betul.

"Sejak itu kami sebagai orang tua tidak menghalang beliau untuk menyanyi.

"Setiap program pertandingan nyanyian, Eyqa tidak akan melepas peluang menyertai pertandingan tersebut," katanya kepada Sarawakiana.

Menurut Saiful, jika sehari beliau tidak menyanyi, beliau akan sentiasa gelisah dan tidak senang duduk.

"Oleh itu kami terus galakkan beliau menyanyi dan pada tahun 2014 bermulalah perjalan Eyqa sebagai penyanyi dan sering diundang ke majlis-majlis tertentu.

"Bakat beliau dikesan oleh komposer Jesley dan beliaulah yang menaikkan nama Eyqa seperti hari ini," ujarnya.

Eyqa Saifeeqa telah dicalonkan pada Anugerah Muzik Dayak 2016 anjuran Dayak Artist Music Association (DAMA) dalam kategori lagu paling popular melalui lagu 'Padamka Nama Aku' dan inilah pencalonan julung-julung kali Eyqa di calonkan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA