Etidax Band Iban, Perkenalkan Genre Pop Rock



BINTULU : Perkembangan muzik Dayak di persada muzik tempatan mendapat sambutan ramai artis-artis iban termasuk band yang dikenali sebagai Etidax.

Etidax yang dibarisi anak muda seperti Mike (gitar utama), Danny (vokal dan gitar kedua), Matteus (drummer) dan Jim (bassist) mempunyai impian yang besar dalam industri muzik.



Menurut Mike yang ditemubual oleh Sarawakiana, Etidax telah bermula pada tahun 2004 dan pernah mengikuti pertandingan band diseluruh Sarawak.

"Kami lebih kepada genre pop rock dan sesuai untuk generasi muda serta dewasa mendengar muzik yang kami ketengahkan.

"Genre tersebut sudah sebati dalam jiwa setiap anggota band dan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat apabila Etidax membuat persembahan pentas," katanya.



Mike berkata, untuk langkah pertama dalam muzik, Etidax telah merakam single pertama bagi memperkenalkan diri kepada peminat.

"Single tersebut bertajuk 'Seruran Di Ati Ku' adalah sebagai platform awal untuk meneruskan langkah seterusnya sebagai sebuah band muzik tempatan.

"Etidax sendiri telah mengubah lagu tersebut dan dirakam di Home Studio Bintulu dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan," ujanya diakhir temubual.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA