Entulu Pertahan Jawatan Timbalan Presiden PRS


BINTULU: Jawatan timbalan presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) menyaksikan Datuk Joseph Entulu Belaun sekali lagi mempertahankan jawatan nombor dua itu semasa Mesyuarat Agung Tritahunan (TDC) baru-baru ini.

Entulu memperoleh 184 undi manakala pencabarnya, Datuk Joseph Salng Gandum mendapat 143 undi manakala jawatan presiden yang disandang Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing tidak ditandingi.

Setiausaha Agung PRS Datuk Wilfred Nissom mengumumkan keputusan tersebut.

Lima naib presiden yang dipilih merangkumi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Majang Renggi yang memperolehi 280 undi, ADUN Belaga, Liwan Lagang (273 undi), Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat (225 undi), ADUN Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang (194 undi) dan Ahli Parlimen Lubok Antu, Datuk William Nyalau Badak (179 undi).

Ahli Majlis Tertinggi menyaksikan 15 ahli dipilih melibatkan Nyempah Sabot dengan 229 undi, Edward Kurik (243 undi), Pandang Semat (179 undi), Sempurai Petrus Ngelai (177 undi), Wilson Nyabong (194 undi), Datuk Aaron Ago Dagang (178 undi), Chukpai Ugon (274 undi), Lau Ting Ping (216 undi), Azizi Morni (246 undi), Assan Ngang (240 Undi), Alexander Donald (258 undi), Philimon Nuing (265 undi), Thomas Balan (191 undi), Jackson Melintang (173 undi) dan Datuk Wilson Ugak Kumbong (274 undi).

ADUN Balai Ringin, Snowdan Lawan dipilih sebagai ketua pemuda manakala Zainie Aji sebagai timbalan ketua pemuda.

Jelani Ajang sebagai naib ketua pemuda 1, Hereward Geramong (naib ketua pemuda 2), Bit Surang (setiausaha pemuda), Robin Phang (bendahari pemuda) dan Andy Lawrence (ketua publisiti).

Datuk Seri Doris Sophia Brodie kekal sebagai ketua wanita, Rosaline Neging (timbalan ketua wanita), Angeline Umih Tujok (naib ketua wanita 1) dan Agnes Undil (naib ketua wanita 2).-Sarawakiana



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA