Enam Pendaki Hampir Bermalam Di Gunung Santubong


KUCHING: Akibat kekejangan otot, enam pendaki hampir bermalam di Gunung Santubong.

Bagaimanapun kesemua pendaki yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita berjaya turun sendiri ke kaki gunung dengan selamat.

Difahamkan kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan.

Berdasarkan laporan polis, enam pendaki tersebut dipercayai terkandas di level 7 semasa menuruni gunung.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, semasa sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya tiba di lokasi kejadian, kesemua mangsa sudah turun ke kaki gunung.

"Kesemua mangsa turun dengan selamat tanpa sebarang kecederaan," katanya.-Sarawakiana




No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA