Empat Perompak Warga Filipina 'Tewas' Di Sri Aman


SRI AMAN: Sekumpulan empat lelaki berusia dalam lingkungan 36 hingga 44 tahun diberkas polis  di Wong Padong, Jalan Sri Aman-Sarikei dalam satu insiden kejar mengejar antara polis dan suspek lebih kurang jam 3 petang semalam.

Difahamkan keempat-empat suspek merupakan kumpulan yang merompak sebuah kedai haiwan di Jalan Nanas Sarikei pada jam 1.30 petang dua jam sebelum ditahan pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Dato Dev Kumar berkata, tindakan pantas anggota menyalurkan maklumat menerusi aplikasi WhatsApp membawa kepada penahanan empat lelaki terbabit.

"Hasil siasatan awal melalui laporan yang diterima, tiga lelaki yang ditahan memasuki premis berkenaan dan dua daripada mereka menyamar sebagai pembeli dan mengalih perhatian mangsa manakala seorang lagi suspek bertindak merampas beg milik mangsa yang diletakkan dibawah kaunter sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta Toyota Vios," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Dev mengucapkan tahniah kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kanowit Inspektor Mohd Razif atas kewaspadaan beliau di dalam perjalananan balik ke Kanowit bertindak membuat pusingan U dan mengejar suspek sepertimana maklumat yang diterima menerusi aplikasi WhatsApp.

"Saya juga mengucapkan tahniah kepada anggota MPV dan JSJ IPD Sri Aman diketuai Inspektor Amir Wahid atas kerjasama dan tindakan pantas yang diberi dalam melumpuhkan kumpulan jenayah membabitkan warga negara Filipina yang pertama di negeri ini," tambahnya.



Turut dirampas beg yang mengandungi wang tunai RM11,000 dan dua unit telefon bimbit bersama dokumen peribadi milik mangsa.

Kesemua suspek diserahkan kepada IPD Sarikei untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA