Elaun Petugas Teknikal Dan Sukarelawan SUKMA Sarawak Sudah Dibayar


KUCHING: Pengarah Ma­jlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) Dr Ong Kong Swee berkata, pihaknya telah me­lunaskan pembayaran elaun kepada semua 2,000 petugas teknikal dan sukarelawan terlibat sepanjang pengan­juran SUKMA Ke-18 dan Sukan Paralimpiad Ke-18 di Sarawak pada Julai dan Ogos lalu.

Beliau yang juga Pengarah Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) berkata, pihaknya sentiasa memantau kebajikan petugas dan sukarelawan pada kedua-dua temasya itu dan memastikan elaun mereka dibayar mengikut perjanjian yang ditetapkan.

“Elaun semua petugas dan sukarelawan terlibat dalam 24 acara sukan pada SUKMA Ke-18 telah dibayar dengan sewajarnya di bawah kuasa saya sebagai pegawai teknikal. Ini termasuk mereka yang bertugas semasa Sukan Par­alimpiad.

“Ini kerana, kami sen­tiasa memantau kerja-kerja dilaksanakan oleh petugas dan sukarelawan dan pem­bayaran dibuat dalam tempoh dua hingga tiga hari selepas tugas mereka selesai untuk semua 24 acara sukan dan melibatkan seramai 2,000 petugas,” katanya menjawab isu diviralkan di media sosial yang mendakwa masih ramai petugas SUKMA 2016 belum menerima pembayaran elaun mereka.

Bagaimanapun, beliau eng­gan memberi komen sekiranya pengadu merujuk kepada pembayaran elaun petugas yang terlibat semasa majlis pembukaan dan penutupan SUKMA.

Dalam perkembangan lain, Ong berkata PSS akan terus menjalin kerjasama erat den­gan pengamal media di sini melalui penganjuran pelbagai aktiviti khususnya sukan.

“Memang menjadi agenda utama PSS membawa penga­mal media di sini berinteraksi secara sihat melalui bersukan sebagai landasan mempromosi gaya hidup sihat kalangan kakitangan dan pengamal me­dia,” katanya ditemui ketika menyertai perlawanan per­sahabatan antara kakitangan PSS dan Media Sarawak di Stadium Negeri, Petra Jaya semalam.

Seramai 30 pengamal media media cetak, elektronik dan sosial di sini menyertai per­lawanan yang turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman.-UB

2 comments:

  1. Rasanya ada pihak belum menerima elaun seperti yang dijanjikan..

    ReplyDelete
  2. Kami telah dbayar, 3hari sekali elaun akan dbayar sehingga selesai tugasan. Pembayaran juga dgn mengisi dan menandatangani baucer bayaran oleh pegawai yg menyelia mengikut borang kehadiran bertugas. Bagi kumpulan kami, Sukarelawan Media, mmg tiada isu tidak menerima bayaran. Sekiranya hadir bertugas, mmg elaun akan dbayar. Sekiranya tidak mengisi borang khadiran, mmg tiada bayaran dpt dbuat kerana tiada bukti sukarelawan berkenaan hadir utk bertugas.

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA