Edar 6.61kg Syabu, Wanita Warga Asing Dijatuhi Hukuman Gantung Sampai Mati


KUCHING: Seorang wanita warga negara Indonesia dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan mengedah dadah jenis syabu atau methaphetamine seberat 6.61kg di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dua tahun lalu.

Memetik laporan sarawakvoice.com Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Datuk Rhodzariah Bujang menjatuhkan hukuman tersebut setelah mendapati Eva Sylviana, 49 tahun, bersalah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam kejadian pada 5 Oktober 2014, pihak berkuasa telah mengesan dadah di dalam bagasi milik tertuduh, yang ketika itu dalam penerbangan dari Hong Kong dan transit di Kuala Lumpur sebelum tiba di sini.

Turut ditahan, seorang lelaki warga negara Indonesia yang juga didakwa mengedar 3.13kg dadah yang sama.

Lelaki yang dikenali sebagai Wahyuddin itu kini sedang dibicarakan di bawah seksyen yang sama atas tuduhan melakukan jenayah tersebut di sebuah hotel di Jalan Tun Jugah pada 6 Oktober.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA