DUN Pujut Kekal Milik DAP

foto - Facebook Dr Ting Tiong Choon

MIRI: Kerusi Dewan Undangan Negeri Pujut kekal dimenangi Dr Ting Tiong Choon wakil Parti Tindakan Demokratik (DAP) apabila petisyen Pilihan Raya yang difailkan terhadapnya ditolak oleh Mahkamah hari ini.

Mahkamah menolak petisyen yang difailkan calon langsung Barisan Nasional (BN) Datuk Hii King Chiong terhadap Dr Ting Tiong Choon yang didakwa memiliki kerakyatan Australia dan berdaftar sebagai pengundi di negera itu.

Dalam petisyen itu, Hii menamakan Dr Ting sebagai responden tunggal dan memohon mahkamah mengumumkan keputusan PRN untuk kerusi DUN Pujut sebagai batal dan tidak sah serta mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerana mendapat undi kedua tertinggi atau diadakan pillihan raya kecil tanpa penyertaan calon DAP.

Untuk rekod, Seksyen 16 dan 17(g) Perlembagaan Negeri Sarawak menyatakan bahawa seseorang anggota Dewan Undangan Negeri hilang kelayakannya jika beliau secara sukarela memperoleh kewarganegaraan daripada negara lain atau telah membuat perisytiharan taat setia kepada mana-mana negara di luar Malaysia.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 7 Mei lepas, Dr Ting menang dengan majoriti 1,759 undi dalam pertandingan empat penjuru membabitkan calon DAP, BN, Pas dan seorang calon Bebas. – Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA