Dua Premis Perniagan Terlibat Judi Di Limbang Diserbu


LIMBANG: Dua premis perniagaan dipercayai menjalankan aktiviti penjualan nombor ekor haram diserbu dalam operasi Ops Dadu di dua lokasi berasingan di sini, petang kelmarin.

Dalam operasi dijalankan jam 1 hingga 3 petang itu dua suspek lelaki berusia 29 dan 26 tahun dicekup polis.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, kedua-dua suspek ditahan kerana dipercayai menjalankan kegiatan penjualan nombor ekor haram.

Jelasnya, operasi pertama dijalankan sekitar Jalan Tarap jam 1 petang, sebelum serbuan di sekitar kawasan Sungai Kudong jam 3.37 petang kelmarin.

“Hasil pemeriksaan kita merampas pelbagai peralatan diguna untuk kegiatan penjualan nombor ekor haram selain wang tunai keseluruhan berjumlah RM268,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, katanya, sepasukan anggota polis cawangan D7 Jabatan siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak menjalankan operasi terhadap kegiatan nombor ekor haram di bandar ini.

Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA