Dua Penunggang Maut, Kemalangan Di Jalan Kuching-Sri Aman

Gambar Hiasan
KUCHING: Dua penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan di Kilometer 67 Jalan Kuching-Sri Aman dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam insiden sekitar jam 1.30 pagi itu, kedua-dua mangsa yang datang dari arah bertentangan telah bertembung sesama sendiri.

Akibat kemalangan itu, remaja berusia 18 tahun dikenal pasti sebagai Robinson Gerard dari Kampung Semadang yang disyaki mengalami kecederaan dalaman, meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala seorang lagi mangsa yang dikenal pasti sebagai Veteren Buyau dari Kampung Rasau meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Serian.

Lelaki berusia 21 tahun itu dipercayai mengalami kecederaan di bahagian dalaman badan, patah lengan kanan dan patah pergelangan kaki kanan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak DSP Alexson Naga Chabu mengesahkan kes itu ketika dihubungi semalam.

Kes itu masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Pegawai Penyiasat Trafik Serian Inspektor Elvis Saeng.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA