Dua pemain Eibar Mohon Maaf Selepas Video Seks Mereka Tersebar


DUA pemain Eibar, Sergi Enrich dan Antonio Luna, telah mengeluarkan permohonan maaf selepas satu pita video seks yang menampilkan kedua-duanya menjadi viral.

Kedua-dua pemain itu memuatkan naik satu kenyataan bersama melalui akaun rasmi Twitter masing-masing sebagai menyatakan rasa kesal mereka kerana menyebabkan “potensi kerosakan” kepada kelab itu atau keaiban kepada penyokongya.

Namun, mereka menegaskan bahawa pita seks berkenaan – yang terdedah pada Rabu – dimuat naik tanpa izin kedua-duanya di samping rakaman itu adalah “perlakuan sulit” yang berlaku “dalam ruang lingkup kebebasan yang kita semua nikmati”.

“Kami sangat kesal dengan satu perlakuan tidak bijak, yang kami tidak pun bertanggungjawab, telah membawa kepada imej-imej yang diterbitkan tanpa pengetahuan kami, apatah lagi keizinan kami.

“Kami sedar bahawa pemain bola sepak profesional harus menunjukkan contoh yang baik kepada segenap lapisan masyarakat, terutama kepada kanak-kanak.

"Kami juga ingin menegaskan bahawa, selaku pemain-pemain SD Eibar, sebuah kelab terpuji yang mewakili satu himpunan penyokong dan sebuah bandaraya yang juga terpuji, kami harus menegakkan nilai-nilai yang telah ditunjukkan kepada kami sejak kami tiba di Eibar.

“Kami berharap insiden ini tidak, dengan apa cara pun, menjejaskan imej kelab ini, begitu juga rakan-rakan sepasukan kami,” kata Enrich dan Luna dalam kenyataan bersama mereka.
Kelab kedua-dua pemain itu, bagaimanapun, memilih untuk tidak mengulas pendedahan pita video seks berkenaan.

Eibar telah menghimpun 11 mata daripada tujuh perlawanan pertama mereka dalam La Liga dalam permulaan yang dianggap memberangsangkan. - Awani

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA