Dua Ekor Buaya Tembaga Berjaya Di Tangkap Penduduk Kota Samarahan


KOTA SAMARAHAN: Dua ekor buaya tembaga dipercayai berjaya ditangkap penduduk Kampung Sungai Pinang di sini.

Memetik laporan RTM Sarawak, buaya tersebut berjaya ditangkap selepas dua hari perangkap dipasang penduduk kampung.

Buaya yang berukuran 4.5 meter dan 5.2 meter itu berjaya dibawa naik ke darat jam sekitar jam 10pagi tadi.

Bulan lalu, seorang penduduk tempatan Ismandi Osman 38 tahun dilaporkan hilang dan masih belum ditemui ketika menyusuri sungai itu.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA