Dua Blok Bangunan SK Sungai Sugai Musnah


PAKAN: Dua blok bangunan kayu menempatkan bilik guru besar, pejabat, bilik sumber dan empat bilik darjah 1, 2, 3 dan pusat pemulihan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sugai dekat sini musnah dijilat api dalam satu kebakaran petang semalam.

Kejadian ini dipercayai berlaku sekitar jam 3 petang.

Bangunan yang dibina daripada kayu itu ranap dan musnah dalam tempoh tidak sampai satu jam.

SK Sungai Sugai terletak kira-kira tujuh kilometer dari pekan Pakan dan lebih kurang 53 kilometer dari pekan Bintangor.

Ketika kejadian murid asrama terbabit sedang menjalani aktiviti kokurikum di luar kelas.

Kejadian itu merupakan kali keenam berlaku membabitkan bangunan sekolah di negeri ini pada tahun ini.

Dipercayai kebakaran berpunca dari salah sebuah bilik darjah.

Namun, menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Dua jentera pemadam terlibat dalam kerja pemadaman kebakaran tersebut iaitu jentera Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor bersama 10 orang anggota dan jentera Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei bersama sembilan anggota.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA