Doktor "Kacak" Di HUS Jadi Viral


Seorang gadis memuat naik beberapa keping gambar seorang doktor yang sedang khusyuk meneliti laporan pesakit menarik perhatian netizen dengan pelbagai jenis reaksi.

Aksi doktor kacak berkenaan dirakam secara sembunyi oleh gadis terbabit di sebuah wad di Hopital Umum Sarawak (HUS).

Sejak foto-foto terbabit dimuatnaik di laman facebook milik gadis berkenaan semalam telah dishare lebih 2000 pengguna laman Facebook dengan pelbagai komen tersendiri.

Walau bagaimanapun, setakat ini identiti doktor terbabit tidak dapat dikenal pasti.

Menurut seorang pengguna Facebook yang juga merupakan seorang pakar bius di HUS Judah Iskariah menyatakan doktor kacak berkenaan telah berkahwin dan menyifatkan individu berkenaan sebagai seorang yang merendah diri dan mempunyai darah campuran Cina Kelantan dan Siam.-Sarawakiana




No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA