Dituduh Buat Gangguan Seksual, Trump Nak Saman


CALON presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berikrar akan menyaman kesemua wanita yang pernah tampil mendakwa dia melakukan serangan dan gangguan seksual terhadap mereka.

Trump, calon Parti Republikan berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di sebuah majlis di Gettysburg, Pennsylvania, baru-baru ini.

“Setiap daripada wanita penipu ini akan saya saman sebaik saja proses pemilihan presiden berakhir. Saya tak sabar nak saman mereka,” katanya yang merupakan bukan calon pilihan kebanyakan rakyat Amerika untuk menggantikan tempat yang bakal ditinggalkan Barack Obama.

Trump turut mendakwa tuduhan wanita-wanita tersebut kemungkinan besar merupakan salah satu strategi yang dirancang ‘musuhnya’, Hilary Clinton yang turut bertanding dalam perebutan kerusi presiden.

Setakat ini, sudah 10 wanita tampil ke hadapan mendakwa Trump pernah melakukan serangan seksual terhadap mereka.

Salah seorang mangsanya ialah bekas peserta program realiti The Apprentice, Summer Zervos yang mana program itu dihoskan oleh Trump sendiri.

Seorang lagi mangsanya mendakwa Trump pernah memasukkan tangannya ke dalam skirt wanita tersebut ketika sedang berhibur di sebuah kelab di Manhattan.

Trump walau bagaimanapun menafikan kesemua tuduhan tersebut malah turut menjelaskan yang kesemua wanita itu tidak menarik perhatiannya untuk melakukan gangguan seksual terhadap mereka. – MYNEWSHUB.CC

1 comment:

  1. Sokong 100% Trump saman semua orang yg tuduh dia. Barulah dikatakan ada telor. Menang kalah belakang kira. Jangan ikut perangai kawan golof Obama kat Malaysia ni tak ada telur nak saman orang yg dikatakan memfitnahnya.

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA