Disney World ditutup ekoran Taufan Matthew


AMERIKA SYARIKAT: Taman tema Walt Disney World ditutup untuk pertama kali sejak 11 tahun lalu ekoran Taufan Matthew melanda Amerika Syarikat.

Universal Studio dan Sea World turut menutup operasi mereka.

Penutupan mengejutkan itu dibuat ekoran amaran yang dikeluarkan kepada tiga juta penduduk untuk berpindah dari pantai AS.

"Kami mahu berkongsi kemas kini penting bahawa taman tema Walt Disney World, Disney Springs, padang golf miniatur, Taman Air dan kompleks sukan ESPN World Wide akan ditutup pada Khamis sehingga Jumaat kerana ramalan terkini berkaitan Taufan Matthew," petik kenyataan yang dikeluarkan Walt Disney World.

Sebelum ini taman tema itu pernah ditutup akibat taufan Floyd and Frances pada tahun 1999 dan Jeanee pada tahun 2004.

Penduduk di sekitar Florida, Georgia dan utara selatan Carolina diarahkan meninggalkan kediaman masing-masing ekoran ribut berkenaan dan seorang dilaporkan meninggal dunia.- SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA