Disebalik Kisah "Demi Cinta" Buat Netizen Sebak


SEBUT sahaja nama Ezad Lazim, kami pasti ramai yang masih ingat kisahnya hanyut dalam kancah dadah hingga ditahan pihak polis suatu ketika dahulu.

Individu yang paling terkesan ketika penangkapan itu pastinya ialah isterinya, Azeana Ramli, hinggakan kandungannya disahkan gugur.

Walaupun terpalit dengan episod hitam, dia bernasib baik kerana mempunyai isteri yang sanggup menerima dirinya seadanya dan tidak henti-henti menyokongnya untuk berubah.

Malah kejayaanya merangkul tempat ketiga menerusi program Gegar Vaganza 2, telah memberi sinar baharu buatnya untuk melakar lebih banyak kejayaan dalam industri seni hiburan.

Lagu terbaharunya ‘Demi Cinta‘ ciptaanya juga berjaya menambat hati ramai pendengar dan sering diputar di radio.

Bagi yang tidak tahu, lagu ini sebenarnya dicipta khas buat isterinya yang setia di sampingnya walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai derita dahulu.

Ikuti kisah di sebalik lagu ‘Demi Cinta‘ yang diceritakan oleh Mohd. Nashrul Hafiz:

“Pada lagu Ezad Lazim atau bekas vokalis kumpulan Exist iaitu “Demi Cinta” adalah lagu yang ditujukan khas buat isterinya.

Dia cipta lagu ni sebab dia nak hargai isteri dia yang sentiasa bersama dengan dia walaupun dia pernah harungi episod yang paling hitam dalam hidup dia.

Ezad ni, dia adalah salah seorang bekas penagih dadah dan dia mempunyai seorang isteri yang dapat terima dia walau bagaimanapun keadaan dia.

Kalau kau search dekat Youtube “Ezad Exist Ditahan Milik Dadah“, kau akan dapat tengok isteri dia masih mengucapkan “I love you so much” walaupun suaminya, Ezad ditangkap kerana tuduhan miliki dadah membuktikan isteri dia tetap bersama walaupun suaminya dalam derita.

Pada aku, itulah cinta yang sebenar. Kalau betul kau cinta, kau akan pertahankan cinta kau, walau apa pun dugaan yang datang. Manis ke, pahit ke, bahagia ke, derita ke, tapi demi cinta, kau tetap bertahan dan mempertahankan.

Dan percayalah, kalau kau bertahan dengan dugaan tu, kau akan dapat rasa lebih bahagia daripada sebelumnya.

Lihat sahajalah, peristiwa yang berlaku pada sahabat Nabi, Bilal bin Rabah R.A yang diletakkan batu pada masa panas terik, tetapi demi cinta kepada Allah, mulutnya terus tetap mengatakan “Ahad, ahad, ahad.” (Yang Esa, Yang Esa, Yang Esa).

Juga seorang sahabat Nabi iaitu Khabab bin Arats R.A yang telah diseksa dengan batu panas yang penuh bara tetapi terus berjuang Fi Sabilillah.

Kesemua derita-derita yang dihadapi mereka langsung tidak menjejaskan cinta mereka pada Allah. Kerana mereka yakin dengan cinta mereka.

Lalu mereka buktikan dengan kesetiaan dalam cinta, iaitu istiqamah dalam perjuangan walaupun pelbagai ujian yang datang.

“Walau berdepan derita,
Kau selalu terus setia,
Dan bertahan demi cinta,
Yang pernah ku janji dulu.”
Ezad Lazim Exist – Demi cinta.

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
[At-Taubah 9: 41]

Jika cinta, buktikan cintamu, pada Allah.

*Pasangan yang kedua selepas Noh Hujan dan Miss Nina yang mendapat salute dari aku.

– MYNEWSHUB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA