Disangka Pengemis Hanya Kerana Berkerusi Roda

Image result for wheelchair
AL-KISAH seorang lelaki bernama Sugimun berasal dari Mojopuro, Jawa Timur, Indonesia yang disangka pengemis hanya gara-gara penampilan dirinya berkerusi roda.

Sugimun yang berusia 46 tahun, secara kebetulan telah berkunjung ke sebuah pusat pameran kereta di bandar berkenaan untuk membeli kereta baharu.

Namun kehadirannya disalahertikan oleh pekerja premis tersebut kerana keadaan dirinya sebagai orang kelainan upaya (OKU).

Menurut Sugimon kepada sebuah portal tempatan negara itu, pekerja premis itu menghampirinya lalu menghulurkan wang syiling kepadanya.

Bagaimanapun, kata-kata Sugimun mengejutkan pekerja pusat pameran itu dan berasa malu sendiri.

“Oh, saya bukan pengemis mas (encik). Saya cari kereta,” katanya sambil tersenyum.

Tambahnya, pekerja premis itu salah faham hanya kerana dia berkerusi roda dan menganggapnya OKU yang datang ke premis berkenaan untuk meminta sedekah.

Meskipun berkerusi roda, nama Sugimun cukup dikenali dan tidak asing lagi di sekitar Trenggelek dan Magetan.

Sugimon bahkan merupakan pemilik kepada sebuah kedai elektronik di daerah berkenaan yang dikenali dengan nama Cahaya Baru.

Meskipun berasal dari keluarga miskin dan OKU sejak kecil, namun semangat juang yang dimiliki merobah nasibnya menjadi seorang yang berjaya atas usaha dan berkat doa ibunya. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA