Dikritik ‘Senda’ Pakai Baju Tentera, Fathia Mohon Maaf



TINDAKAN pelakon jelita, Fathia yang memuat naik gambarnya mengenakan baju uniform Tentera Darat di laman Instagram baru-baru ini mengundang kecaman ramai khususnya anggota tentera.

Berikutan itu, Fathia atau nama penuhnyanya Nur Fathia Abdul Latiff, 29, tampil membuat pemohonan maaf dan telah pun memadam gambar tersebut menerusi laman sosialnya.

“Saya dengan ikhlas hati meminta maaf. Tiada niat untuk saya persendakan pakaian dan saya menghormati pakaian Seragam TD (Tentera Darat).

“Cuma sebelum ini, saya tidak tahu dan tidak sensitif mengenai etika pemakaian TD Malaysia dan telah pun padam gambar di Instagram. Saya benar-benar minta maaf,” tulisnya.

Menerusi gambar itu, seorang pengikutnya yang dikenali sebagai @ceq_wawa84 menyifatkan pelakon itu sengaja mencari publisiti murahan.

Sementara itu, seorang lagi netizen yang berkhidmat dengan anggota tentera mengkritik Fathia dengan menyelarkannya tidak menghormati anggota tentera yang selama ini melalui pelbagai rintangan termasuk nyawa sbelum dibenarkan pakai baju seragam itu.

Difahamkan, Fathia menggayakan pakaian itu ketika berkunjung ke sebuah kedai menjual aksesori tentera. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA